Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

250 peserta mengikuti kempen gotong royong

Datuk Yeo Boon Hai membersihkan kawasan Taman Perkuburan Keramat
Datuk Yeo Boon Hai membersihkan kawasan Taman Perkuburan Keramat

KOTA KINABALU- Seramai lebih kurang 250 orang yang terdiri daripada anggota badan-badan berkanun, agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam kempen gotong royong di Taman Perkuburan Keramat, Likas

Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata program atau kempen sebegini dapat mencerminkan semangat bersatu padu masyarakat Sabah tanpa mengira kaum mahupun agama.

“Menjaga kebersihan di sekitar kawasan tanah perkuburan merupakan tanggungjawab kita bersama agar dapat mengelakkan daripada pelbagai penyakit seperti demam denggi. Hal ini kerana jika kita biarkan kawasan seperti tanah perkuburan ini tanpa membersihkannya, peratusan untuk kawasan tersebut menjadi tempat pembiakan nyambuk Aedes adalah tinggi”, kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Kempen Gotong Royong di Taman Perkuburan Keramat Siri 2, di sini, hari ini.

Disamping itu, Yeo menyeru kepada semua masyarakat agar menjaga kebersihan pada setiap masa termasuklah membersihkan kawasan yang mempunyai air bertakung agar kawasan tersebut tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. –Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan