Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

250 ahli PKR keluar parti, ikrar bantu kemenangan BN di Tuaran

TUARAN: Seramai 250 ahli PKR Parlimen Tuaran termasuk 10 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti berkenaan dan berikrar akan membantu Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Tuaran kekal sebagai kubu kuat BN.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR P.170 Tuaran, Rajimit Gunong berkata, mereka bertindak keluar parti kerana pucuk pimpinan seolah-olah tidak menghargai usaha mereka dalam menaikkan nama PKR di kawasan berkenaan.

“Di awal penubuhan PKR di daerah ini, PKR amat digeruni kerana mendapat sokongan yang padu dari rakyat namun pada kali ini kami bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti,”katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Sulaman Halimah Paluh berkata, sebelum penamaan calon pada 28 April lalu seramai 50 orang ahli PKR Bahagian Sulaman telah bertindak keluar parti sebelum disusuli oleh 200 lagi ahli keesokan harinya.

“Kami bertindak keluar parti kerana usaha kami diabaikan oleh pucuk pimpinan walhal selama ini kami telah banyak berkorban untuk membantu mengukuhkan sokongan rakyat terhadap PKR,”katanya.

Halimah juga mendakwa, jumlah 250 orang itu adalah gelombang pertama anggota parti berkenaan yang bertindak keluar parti dan dijangka akan lebih ramai lagi ahli yang akan menyusul mereka./SayangSabah

Halimah (kiri) dan Rajimit (dua dari kiri) ketika sidang media di Pejabat PKR Tuaran, hari ini. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan