Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

25 terbunuh pada hari ke-3

gaza2

GAZA: Lima kanak-kanak adalah antara 25 penduduk Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel semalam dengan kebanyakan kematian berlaku di Khan Yunis, selatan bandar raya ini.

Kematian itu meningkatkan jumlah keseluruhan warga Palestin yang terbunuh sejak Israel melancarkan keganasan terbarunya di Gaza tiga hari lalu kepada 71 orang.
Dalam serangan terbaru itu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut apabila Israel mengebom bandar Beit Lahiya di utara Gaza, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra.

Kebanyakan yang terbunuh ialah di Khan Yunis apabila pesawat Israel mensasarkan sebuah kedai kopi ketika penduduk menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Argentina dan Belanda.

Satu lagi serangan mensasarkan sebuah rumah di kem pelarian Nesseirat di tengah Gaza, menyebabkan seorang terbunuh.
Sejurus selepas Subuh, sebuah peluru berpandu Israel disasarkan pada sebuah kereta di barat Gaza, menyebabkan tiga orang di dalamnya maut.

Dalam pada itu, seorang lelaki yang cedera parah dalam serangan di timur Gaza kelmarin, meninggal dunia semalam, kata Ashraf.
Tentera Israel dengan bongkak berkata, ia melancarkan lebih 300 serangan, menjadikan jumlah serangan yang dilakukan dalam masa 48 jam lalu kepada 750, operasi terbesar rejim Zionis itu di Gaza sejak November 2012.
Setakat ini, tidak ada warga Israel yang mati. Bagaimanapun, serangan roket yang dilancarkan Hamas dengan menyasarkan wilayah yang dikuasai rejim berkenaan menyebabkan penduduk di Tel Aviv, Baitulmaqdis dan Haifa bertempiaran lari untuk mencari tempat berlindung.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai tetapi rejim Yahudi itu tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan kekejamannya.
Malah, pemimpin mereka, Benjamin Netanyahu berikrar untuk bertindak lebih ganas terhadap Hamas, tanpa mempedulikan gesaan antarabangsa supaya diadakan gencatan senjata.
Israel sudah mengesahkan persiapan untuk melancarkan serangan darat dengan puluhan kereta kebal diletakkan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di sepanjang sempadan.
Presiden Israel Shimon Peres berkata, serangan itu akan dilakukan bila-bila masa. – Agensi
Lapan orang mati dan sekurang-kurangnya 15 cedera dalam serangan itu.
Sejam kemudian, pesawat Israel mengebom dua rumah di kawasan lain di Gaza, menyebabkan empat wanita dan empat kanak-kanak terbunuh.

Komen


Berita Berkaitan