Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

25 peserta Program 1 Azam berjaya tamat kursus Inai Pengantin

5:23pm 10/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 7 views Kota Kinabalu,Tempatan
KENANGAN... Khalila (tujuh kiri, berdiri) bersama Stella (tujuh dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta Kursus Inai Pengantin

KENANGAN… Khalila (tujuh kiri, berdiri) bersama Stella (tujuh dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta Kursus Inai Pengantin

KOTA KINABALU- Seramai 25 orang peserta Program 1 Azam berjaya menamatkan kursus Inai Pengantin yang telah berlansung selama 11 hari bermula 31 Oktober sehingga 10 November (hari ini).

Pegawai Pemantau Program 1 Azam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Khalila Mazida Kalimin berkata program 1 Azam tersebut bertujuan membantu golongan individu kurang berkemampuan yang telah berdaftar dengan sistem e-kasih.

” Melalui program tersebut, para peserta yang terpilih akan diberikan bantuan dari segi kursus dan barang keperluan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus Inai Pengantin Stella Beauty Salon dan Spa, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, katanya, lebih kurang 40 ribu orang telah menyertai kursus yang disediakan dibawah Program 1 Azam tersebut.

” Terdapat beberapa kursus yang telah dianjurkan. Diantaranya, kursus inai pengantin, solekan, perhotelan dan masakan,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Stella Beauty Salon and Spa, Stella Matuya.

Dalam masa sama, Stella menyeru kepada para peserta agar memanfaatkan ilmu pengetahuan yang mereka telah perolehi sepanjang kursus tersebut.

” Mereka (para peserta) perlu menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi sebagai sumber pendapatan mereka.

” Sekarang ini, inai mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Menurut Stella, para peserta mampu memperolehi pendapatan sehingga RM 400 dengan melukis inai terutamanya inai pengantin.

” Kami di Stella Beauty Salon dan Spa menawarkan pakej sebanyak RM 150 untuk sepasang pengantin tidak termasuk sanak saudara yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan