Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

25 pelajar cemerlang SPM 2015 terima anugerah BCNS

PAIRIN menyerahkan anugerah kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Sapawi (kiri) dan Maimunah (kanan)

PAIRIN menyerahkan anugerah kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Sapawi (kiri) dan Maimunah (kanan)

KOTA KINABALU- Seramai 25 orang pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 menerima anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) bersempena Majlis Anugerah BCNS siri Ke- 27 hari ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kejayaan dan kecermelangan yang diperolehi itu bukan suatu perkara yang mudah tanpa kerjasama dari semua pihak termasuk warga pendidik dan ibu bapa dalam memastikan para pelajar mencapai kejayaan.

“Syabas dan tahniah kepada pada ibu bapa dan warga pendidik atas bimbingan, semangat dan kegigihan dalam mendidik serta melahirkan modal insan yang berkualiti,” katanya ketika dalam majlis perasmian anugerah biasiswa cemerlang Negeri Sabah siri ke-27 hari ini.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada para penerima anugerah untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang melanjutkan pelajaran, untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan ilmu dalam bidang masing- masing.
Katanya, para pelajar perlu menguasai kemahiran insaniah, komunikasi dan pengetahuan am untuk meningkatkan lagi kualiti yang ada pada diri sendiri.

“Saya berharap agar kejayaan yang dicapai oleh anak-anak kita ini akan menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajr lain untuk berusaha lebih gigih dan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata, kerajaan negeri akan terus mengambil langkah-langkah proaktif dalam meneroka dan memperluaskan peluang-peluang pendidikan dalam pelbagai bidang di dalam ataupun luar negeri.

Katanya, kerajaan menerusi Yayasan Sabah akan meneruskan penajaan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus perubatan, kejuruteraan dan kursus-kursus profesional lain tidak kira secara solo atau bekerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di negara ini.

“Kita juga telah mewujudkan Hab Pendidikan Sandakan yang menempatkan institusi-institusi pengajian tinggi, pusat-pusat pendidikan dan kolej swasta di dalam kawasan seluas 1, 356 ekar itu.

“Antaranya adalah Universiti Malaysia Sabah (UMS) cawangan Sandakan, Politeknik Sandakan, Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens dan terkini Universiti Teknologi Malaysia juga akan bertapak di sini,” katanya.

Menurutnya, kemudahan yang wujud itu sudah pasti akan merealisasikan hasrat kerajaan bagi mewujudkan pendidikan seimbang di Sabah seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak tempatan meneruskan pengajian ke peringkat tinggi di Sabah dan tidak hanya tertumpu melanjutkan pengajian di Sarawak atau Semenanjung Malaysia.

Musa yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, tanggungjawab kerajaan bukan sahaja menambah dan meningkatkan peluang pendidikan kepada semua rakyat Sabah malah sangat menitikberatkan kualiti sistem pendidikan.

“Kerajaan negeri bersama kerajaan persekutuan komited terhadap usaha pembangunan dan pemantapan sistem pendidikan di Sabah,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Maimunah Suhaibul Maimunah Suhaibul serta tetamu kehormat yang lain. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan