Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

25 Pati Ditahan Dalam Op Bersepadu PTI Di Kota Kinabalu

10:12pm 09/09/2016 Pak Roshan 476 views Jenayah,Mutakhir

6 PATI-KK-600x338

KOTA KINABALU : Polis menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam ‘Op Bersepadu PTI’ di beberapa rumah sewa dan perumahan setinggan di pusat bandar raya ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata kesemua yang ditahan itu hasil pemeriksaan terhadap 60 individu dalam operasi lebih 7 jam bermula 3 pagi di rumah sewa atas kedai Kolombong, rumah sewa Inanam Capital, perumahan setinggan Taman Mahkota Luyang dan Kampung Melayu Bumiputera Brunei.

“Polis turut menahan seorang lelaki yang didapati positif dadah dalam ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata semua tahanan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu setelah didokumentasi di Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Beliau berkata tumpuan lokasi operasi adalah kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah dan pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu.

“Operasi meroboh 27 rumah setinggan yang dikenal pasti di Taman Mahkota Luyang dan Kampung Melayu Bumiputera Brunei oleh pihak berkuasa dan pemotongan sambungan elektrik oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Menurutnya operasi yang berakhir pada 10.20 pagi itu diketuai tiga pegawai bersama 77 anggota termasuk daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan SESB.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan