Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

25 pasukan sertai acara ‘Team Time Trial’ sempena Karnival Berbasikal Bandaraya KK

1:12pm 23/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 29 views Sukan,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Jainab (enam dari kiri) bersama para pemenang bagi kategori  Cabaran KK City Cycling Road Bike 49km

Jainab (enam dari kiri) bersama para pemenang bagi kategori Cabaran KK City Cycling Road Bike 49km

KOTA KINBALU- Sebanyak 25 pasukan menyertai acara ‘Team Time Trial’ iaitu salah satu acara yang dipertandingan dalam ‘Cabaran Berbasikal Bandaraya Kota Kinabalu’, pagi tadi.

Pertandingan yang bermula seawal jam 7 pagi itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu KK City Cycling TTT Mountain Bike 39KM, KK City Cycling Road Bike 49km dan KK City Cycling TTT Road Bike 39km (Mix).
Cabaran KK City Cycling Road Bike 49km dimenangi oleh pasukan ‘Pedal Shop’ dengan catatan masa 1 jam 8 min dan diikuti pasukan GP Riders 1 serta HHCS 1.
Dalam masa sama, Eco Cycling Club menjadi johan bagi kategori KK City Cycling TTT Road Bike 39km (Mix) dengan cacatan masa 55 minit 52 saat, manakala, TDR 1 dan TDR 2 masing-masing mendapat naib johan serta tempat ketiga.
Bagi kategori KK City Cycling TTT Mountain Bike 39KM, Giant Kota Kinabalu menjadi juara dengan catatan masa 1 jam 2 minit, diikuti oleh GP Riders 4 dan AI Jo Bikers.
Jainab (enam dari kiri) bersama para pemenang bagi kategori Cabaran KK City Cycling TTT Road Bike 39km (Mix)

Jainab (enam dari kiri) bersama para pemenang bagi kategori Cabaran KK City Cycling TTT Road Bike 39km (Mix)

Menurut  Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid. karnival itu bertujuan untuk mempromosikan, menggalakkan dan membangunkan acara kesukanan di daerah ini.
“Karnival ini berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang berbudaya sukan, sihat, cergas, berdaya saing dan membina atlit tahan lasak.
“kerajaan negeri sentiasa menyokong segala usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam merancang dan melaksana segala bentuk program dan kesukanan dan kemasyarakatan,”katanya
Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Karnival Berbasikal di Padang Merdeka, disini, hari ini.
Sementara itu, beliau turut menyeru kepada masyarakat daerah itu agar mempraktikkan budaya sihat dan bersih dalam kehidupan seharian mereka,
“Menurut beliau, masyarakat yang sihat, cergas dan berdisiplin akan menyumbang kepada prestasi dan peningkatan produktiviti untuk diri dan negara,”ujarnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah
Jainab (enam dari kiri) bersama para pemenang bagi kategori Cabaran KK KK City Cycling TTT Mountain Bike 39KM

Jainab (enam dari kiri) bersama para pemenang bagi kategori Cabaran KK KK City Cycling TTT Mountain Bike 39km

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan