Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

25 kereta sapu bernilai RM2.2 juta dirampas di KK

CHANDRA (kiri) bersama Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Kota Kinabalu Asisten Superitenden Sylvester Sigoh (dua dari kiri) bersama pegawai polis lain melihat sebahagian kenderaan yang dirampas dalam operasi itu
CHANDRA (kiri) bersama Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Kota Kinabalu Asisten Superitenden Sylvester Sigoh (dua dari kiri) bersama pegawai polis lain melihat sebahagian kenderaan yang dirampas dalam operasi itu

KOTA KINABALU: Seramai 25 pengusaha teksi haram atau lebih dikenali sebagai “kereta sapu” di bandaraya ini berjaya ditahan dalam operasi membanteras kegiatan haram itu, di sini semalam.

Operasi Sapu Kereta itu turut merampas 25 buah kenderaan daripada kesemua suspek yang berumur antara 24 hingga 69 tahun yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, operasi tersebut dijalankan hasil intipan dan risikan yang dilakukan pihak polis selama seminggu.

“Dalam tempoh seminggu, satu pemantauan berterusan telah dijalankan bagi mengenalpasti individu dan kenderaan yang terlibat dalam aktiviti haram ini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik di sini hari ini.

Antara kenderaan yang berjaya dirampas adalah 12 buah van, tujuh kereta pelbagai guna (MPV) dan enam kereta persendirian.

Chandra berkata, pemantauan polis mendapati pengusaha kereta sapu terbabit akan memulakan kegiatan mereka seawal jam 7 pagi hingga jam 9 malam.

“Pengusaha terbabit akan meletakkan kenderaan mereka di kawasan letak kereta awam tanpa membayar apa-apa bayaran letak kereta seperti teksi berpermit lain,” katanya.

Katanya, kebanyakan penumpang tetap mereka adalah kalangan penduduk yang pulang ke Telipok.

“Oleh kerana kenderaan kereta sapu ini tidak menyediakan meter, mereka akan mengenakan tambang yang lebih murah kepada penumpang berbanding teksi berlesen iaitu penumpang dewasa sebanyak RM4 manakala kanak-kanak RM2,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada bahawa polis tidak akan bertolak ansur terhadap pemandu yang menjalankan kegiatan haram tersebut.

Kesemua yang ditahan dalam Operasi Sapu Kereta itu akan disiasat di bawah Seksyen 51 dan Seksyen 33 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan