Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

25 jenis sayur- sayuran bakal dipamerkan dalam Pesta Kubis, 10 Dec ini

8:46am 01/12/2016 Elezebeth Esther Onjining 245 views Aktiviti,Ranau,Tempatan
Wasry (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur

Wasry (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur Pesta Kubis

KOTA KINABALU: Pesta Kubis Kudasang akan mempamerkan kepelbagaian jenis sayur- sayuran yang terdapat di tanah tinggi Kundasang pada 10 December ini

Jurucakap program tersebut, Wasry Tarisin berkata teras utama program itu adalah mengetengahkan hasil pertanian dan produk pelancongan di Kundasang.

“Pada tahun ini, kami akan mempamerkan 25 jenis sayur-sayuran yang terdapat di tanah tinggi itu,” katanya sambil menambah para peserta dari 16 buah kampung dijangka menyertai acara tersebut.

Menurut beliau, para peserta masing- masing akan mempamerkan hasil pertanian terbaik mereka melalui pesta berkenaan.

Katanya, setiap hasil pertanian yang dipamerkan itu akan dinilai berdasarkan saiz dan tahap kesegarannya.

“Pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian, FAMA dan Persatuan Penanam akan terlibat dalam menilai hasil pertanian yang terbaik,” katanya.

Wasry berkata, kaunter (booth) maklumat setiap premis di Pekan Kundasang akan disediakan untuk menangkis dakwaan bahawa sayur-sayuran di tanah tinggi mempunyai racun perosak dan racun rumpai.

Selain itu, katanya, terdapat juga beberapa gerai mempamerkan peralatan rumah dan pertanian tradisional.

Menurut beliau, ia bertujuan memberi pengetahuan kepada generasi muda mengenai peralatan tradisional disamping mendedahkan kepada pelancong asing mengenai gaya hidup masyarakat setempat.

Katanya lagi, gerai pakaian tradisi turut disediakan dimana pengunjung boleh mengambil gambar bersama belia yang berpakaian tradisi penuh.

Maklumat lanjut mengenai pesta berkenaan boleh menghubungi talian 013- 8788289 atau 014- 5716778.- SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan