Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

25 ANAK YATIM DIRAIKAN

Kenangan.....Samsudin bersama Puteri UMNO Batu Sapi dan 25 anak-anak yatim gembira dengan baju raya masing-masing.
Kenangan…..Samsudin bersama Puteri UMNO Batu Sapi dan 25 anak-anak yatim gembira dengan baju raya masing-masing.

SANDAKAN- Seramai 25 orang anak yatim diraikan Puteri UMNO Batu Sapi sempena program Shopping Raya bersama Anak-anak yatim di Pasaria Yong Hin Sandakan, hari ini.

Program itu turut dihadiri Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya turut memuji usaha Puteri UMNO Sabah mengadakan program mendekati golongan kurang bernasib baik melalui program Shopping Raya bersama anak yatim.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Puteri UMNO Batu Sapi yang berjaya menganjurkan serta menjayakan program berkenaan.

Program membantu anak yatim sebegini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari lebaran”, katanya, di sini hari ini.

Menurut Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani berkata mudah-mudahan sumbangan kecil daripada Puteri Umno Batu Sapi ini dapat menceriakan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Beliau berharap sumbangan itu dapat menceriakan anak- anak berkenaan yang memilih sendiri pakaian kegemaran masing-masing.

“Program amal Shopping Raya ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Puteri UMNO, selari dengan peranan kami sebagai Puteri UMNO yang prihatin, penyayang dan bertanggungjawab.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan