Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

25 anak yatim ceria sertai program `Shopping Raya’

Ahli Puteri membantu anak yatim  mencuba baju raya mereka.
Ahli Puteri membantu anak yatim mencuba baju raya mereka.

KOTA KINABALU – Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi 25 anak yatim apabila dibawa membeli-belah sempena persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Program `Shopping Raya’ anjuran Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu itu diadakan di salah sebuah pusat beli-belah di bandar raya Kota Kinabalu, semalam.

Menurut Ketuanya, Salmie Sarinoh, setiap anak yatim diberi peluang memilih sendiri pakaian dan kasut digemari di pusat membeli belah tersebut.

“Sepanjang Ramadan ini, Puteri Kota Kinabalu menyumbang barang makanan¬†dan duit raya kepada lima ibu tunggal, fakir miskin, sumbangan ke lima buah masjid dan surau dalam Parlimen Kota Kinabalu. Setiap seorang anak yatim menerima RM200 untuk membeli baju raya dan duit raya mereka,” katanya selepas program tersebut.

Salmi yang juga Bendahari Puteri UMNO Sabah berkata, ahli Puteri UMNO bahagian itu turut meluangkan masa membantu anak-anak yatim berusia antara tiga hingga 12 tahun itu memilih persalinan hari raya.

Jelasnya, program diadakan lebih awal supaya golongan berkenaan lebih bersedia dan bergembira menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri nanti.

“Kita mahu melihat mereka yang kurang bernasib baik tidak ketinggalan menyambut hari mulia ini. Saya berharap sumbangan itu dapat menceriakan mereka dengan memilih sendiri pakaian kegemaran masing-masing,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan