Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2,460 Orang Terima BR1M Di Libaran

BR1M-600x375

SANDAKAN : Seramai 2,460 orang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Libaran yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di sini, hari ini.

Mereka merupakan kelompok pertama menerima bantuan tersebut untuk Parlimen Libaran yang meliputi penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dan DUN Gum-Gum.

Berucap pada majlis itu, Musa menzahirkan rasa syukur dan teruja melihat kegembiraan yang terpancar diwajah penerima bantuan itu.

“Saya percaya bantuan ini begitu bermakna buat mereka khususnya bagi yang benar-benar memerlukan sumber kewangan ketika ini.

“Inilah usaha pemimpin khususnya pucuk pimpinan iaitu Perdana Menteri yang ingin membantu meringankan beban rakyat kurang berkemampuan selain daripada mengotakan janji kepada rakyat,” katanya.

Musa menasihatkan penerima BR1M agar menggunakan wang itu sebaik-sebaiknya supaya dapat meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Menurutnya kerajaan negeri dan rakyat Sabah menghargai komitmen kerajaan pusat yang meneruskan pemberian bantuan tersebut bertujuan meringankan beban rakyat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan