Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

24 Pati Ditahan Dalam Ops Bersepadu Di Kota Kinabalu

pati

KOTA KINABALU – Sebanyak 24 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam tiga lokasi dalam operasi bersepadu di sekitar bandar raya Kota Kinabalu di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua PATI berkenaan ditahan dalam operasi lapan jam bermula 1 pagi di kawasan Kampung Lokub, Menggatal, perumahan setinggan Kingfisher dan perumahan setinggan Likas.

Katanya PATI berkenaan adalah sebahagian daripada 47 orang yang diperiksa dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Operasi berkenaan melibatkan 134 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan