Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

24 maut minum arak buatan sendiri

Tindakan minum arak buatan sendiri ragut 25 nyawa di Indonesia. – Foto Fail AFP

 

Jakarta: Seramai 24 orang maut selepas meminum sejenis air Coca Cola dicampur alkohol dan minuman tenaga, kata polis hari ini.

Ia adalah kejadian terbaru membabitkan penjualan arak buatan sendiri di Indonesia.

Polis berkata, seorang pemilik kedai di Jakarta ditangkap semalam kerana menjual arak buatan sendiri di gerai herba miliknya.

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

Beberapa lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital.

“Peniaga terbabit mengaku mencampurkan alkohol tulen dengan minuman Coca Cola dan minuman tenaga. Lelaki itu menyangka minuman itu selamat tetapi ia menyebabkan pelanggannya maut,” kata ketua polis Jakarta Selatan, Indra Ja’far.

Ujarnya, sebahagian minuman campuran bahaya itu mungkin datang daripada satu pengedar tunggal yang menjual kepada peniaga tempatan.

“Kami kini memburu penjual bukan sahaja peniaga kecil termasuk pengedar.

“Kami percaya pengedar yang besar di sebalik kes ini,” kata ketua polis Jakarta Timur, Tony Surya Putra. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan