Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

24 jenis barangan makanan disita

2:56pm 29/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 63 views Tempatan
James memeriksa tarikh luput makanan di salah sebuah pasar raya di daerah itu.

James memeriksa tarikh luput makanan di salah sebuah pasar raya di daerah itu.

KOTA KINABALU- Sejumlah 24 jenis barang makanan dan minuman disita oleh Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu menerusi ‘Ops Raya’ di dua buah pasar raya di bandaraya itu, hari ini.

Operasi tersebut yang diketuai oleh dua orang pegawai penguatkuasa telah menyita sebanyak 100 barangan bernilai RM 1,493.51 kerana tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan kerajaan.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh peniaga pasar raya yang terlibat termasuklah menjual makanan tin yang kemek, tarikh luput, makanan beku (frozen thaw), rosak dan tidak mempunyai label makanan.

Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, James Philip Suladi operasi ‘Ops Raya’ itu akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

“Jabatan Kesihatan akan meneruskan operasi ini agar memastikan makanan yang dijual di bandaraya ini selamat dan sesuai dimakan oleh masyarakat setempat,”katanya dalam satu sidang media semasa menjalani ‘Ops Raya’di salah sebuah pasar raya, disini, hari ini.

Selain itu, tambahnya, Jabatan Kesihatan memantau dan memeriksa tempat penyimpanan makanan sama ada terdapat kawasan pembiakan lipas, lalat dan tikus (lilati)

“Pihak kami telah mengeluarkan notis penutupan kepada salah satu pasar raya kerana ruang penyimpanan makanan mempunyai urungan Lilati.

“Kami telah mengeluarkan arahan penutupan selama dua minggu untuk memberi mereka ruang memperbaiki keadaan sama ada tukar atau membersihkan tempat penyimpanan makanan itu,” katanya

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan