Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

24 isteri, 149 anak

BLACKMORE bersama sebahagian isteri dan anaknya. – The Canadian Press

 

Ottawa: Seorang lelaki yang memiliki 24 isteri dan 149 anak dikenakan tahanan rumah dan kerja khidmat masyarakat selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Kanada kerana mengamalkan poligami.

Fox News melaporkan, Winston Blackmore, 61, didapati bersalah tahun lalu, kerana mempunyai 24 isteri dan dikenakan enam bulan tahanan rumah, 150 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.

Blackmore dilaporkan mempunyai 149 anak hasil perkahwinannya itu.

Seorang lagi rakannya, James Oler, 53, yang mempunyai lima isteri diarahkan menjalani tahanan rumah selama tiga bulan, 75 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.

Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh diumumkan Mahkamah Agung British Columbia pada Selasa lalu.

Walaupun dikenakan tahanan rumah mereka dibenarkan untuk keluar bekerja dan perkara kecemasan berkaitan perubatan.

Kedua-dua lelaki itu adalah pemimpin kumpulan fundamentalis di Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints yang percaya dengan perkahwinan berganda.

Hakim Sheri Ann Donegan berkata, kedua-dua tertuduh rakyat yang rajin bekerja dan patuh pada undang-undang tetapi untuk membebaskan mereka daripada tuduhan adalah tidak wajar.

Katanya, sebahagian isteri lelaki berkenaan berusia semuda 15 tahun ketika dikahwini.

“Dia (Blackmore) dengan jelas memberitahu tiada hukuman boleh menghalangnya daripada mengamalkan apa yang dipercayainya. Konsep kesal tiada pada dirinya dalam konteks ini,” kata Sheri Ann.

Mengikut undang-undang Kanada, mereka yang mengamalkan poligami di negara itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun.

“Saya bersalah kerana menghidupkan agama dan hanya itu yang mahu saya katakan kerana saya tidak pernah menafikannya,” kata Blackmore kepada pemberita selepas sabitannya pada tahun lalu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan