Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

24 Gajah di Kawasan Konflik Berjaya Dipindahkan

10:16pm 05/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 102 views Isu Semasa,Tempatan
Anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah memasang kolar bersatelit pada gajah tersebut

Anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah memasang kolar bersatelit pada gajah tersebut

Lahad Datu- Sebanyak 24 ekor gajah telah berjaya dipindahkan kembali oleh Jabatan Hidupan Liar, di sini, ke habitat asal di Rizab Hidupan Liar Tabin.

Operasi translokasi kesemua gajah tersebut berjaya dilaksanakan dalam tempoh 30 hari.

Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, ramai tenaga kerja diperlukan untuk melaksanakan operasi tersebut kerana keluasan kawasan yang agak besar dan proses pengawalan perlu dilakukan secara berterusan iaitu siang dan malam.

“Saya telah mengarahkan staf jabatan dari pejabat yabg berhampiran iaitu Jabatan Hidupan Liar Kinabatangan, Madai dan Tabin untuk membantu Pejabat Lahad Datu untuk mengawal gajah di kawasan terlibat.”

Disamping itu, Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah merangkap Pengurus Unit Penyelamat Hidupan Liar, Dr Sen Nathan berkata operasi tersebut memerlukan kos yang amat tinggi, di anggarkan sebanyak RM 20,000 hingga RM 30,000 bagi seekor gajah.

“Ini merupakan translokasi terbesar yang pernah dilaksanakan oleh Jabatan Hidupan Liar”, katanya. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah.

Operasi translokasi gajah-gajah ke habitat asal

Operasi translokasi gajah-gajah ke habitat asal

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan