Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

24 finalis berentap rebut gelaran Mr Sabah Ambassador 2016

DARI kiri Severinus, Bruno dan Walter
TAHNIAH… Para pemenang Mr Sabah Ambassador 2016. Dari kiri Severinus, Bruno dan Walter.

KOTA KINABALU- Seramai 24 finalis telah berentap bagi merebut gelaran Mr Sabah Ambassador 2016, disini, pada Sabtu yang lalu.

Berbekalkan keazaman dan semangat untuk mempelajari dan mempromosikan tradisi masyarakat tempatan serta memperkenalkan Sabah ke mata dunia, Bruno George Sadiwa, 28, telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut.

Bruno telah menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 3,000, sehelai slas dan trofi.

Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Severinus Nain dan Walter Joe Peter. Severinus mendapat hadiah tunai berjumlah RM 2,000 manakala Walter mendapat RM 1,000.

Menurut Bruno, beliau tidak menjangkakan kemenangan itu kerana mendapat saingan hebat daripada peserta lain.

“Saya telah berusaha sedaya upaya dan saya memang impikan untuk memenangi pertandingan seperti ini dan impian itu tercapai akhirnya,”katanya.

Tambahnya, beliau hanya ingin menemani salah seorang rakannya tetapi akhirnya mengambil keputusan mengikuti pertandingan tersebut.

“Pada awalnya saya hanya ingin menemani sahabat saya, tetapi saya akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan ini… Saya pergi ke pusat beli belah yang berdekatan dan membeli sehelai baju hitam lalu mendaftarkan diri dalam pertandingan itu,”jelasnya.

Disamping itu, Bruno yang mempunyai ketinggian 170cm turut memenangi Anugerah Khas dalam majlis tersebut.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Pengarah
Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Sabah, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar yang mewakili Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. -SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan