Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,777

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

24 buah organisasi kerajaan negeri menerima “Anugerah Pengurusan Kewangan”

4:50pm 14/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 146 views Mutakhir,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman bersama penerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara Tahun 2014. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman (tengah) bersama penerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara Tahun 2014. – Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

KOTA KINABALU- Sejumlah 24 buah Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah yang memperoleh penarafan sangat baik atau empat bintang telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara bagi tahun 2014, pagi tadi.

Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berjaya mendapat penarafan empat bintang di mana ia meletakkan Sabah sebagai negeri yang terbaik di Malaysia dari segi pengurusan kewangan agar terus mempertahankan kejayaan.

“Ini jelas menunjukkan jika kita mempunyai kemahuan, ketelusan dan kerja keras, kita sudah tentu boleh mencapai kejayaan tersebut.

“Saya percaya sekiranya amalan pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah terus dibudayakan dalam organisasi dan amalan kerja seharian kita, prestasi kewangan kita akan bertambah cekap dan berupaya meningkatkan daya saing kita”, kata beliau

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Kecermelangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara bagi tahun 2014, di Hotel Shangri- La Tanjung Aru, di sini.

Selain itu, beliau juga turut menyeru kepada mana- mana Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang belum mencapai penarafan empat bintang agar terus berusaha bagi mencapai kejayaan tersebut.

Sehubungan itu, kesemua penerima anugerah turut menerima wang insentif sejumlah RM 15,000 dan sebuah plak penghargaan.

Diantara organisasi kerajaan yang telah menerima anugerah tersebut ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Jabatan Cetak Kerajaan, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah,Institut Latihan Sektor Awam Negeri, Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, SEDCO, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Lembaga Industri Getah Sabah, Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah,Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan, Lembaga Bandaran Kudat, Pejabat Daerah Keningau, Pejabat Daerah Beluran, Majlis Daerah Ranau, Majlis Daerah Kinabatangan, Majlis Daerah Semporna, Korporasi Pembangunan Desa dan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Sukarti Wakiman, Pembantu- pambantu Menteri Kewangan, Datuk Haji Ramlee Maharaban dan Datuk Seri Panglima Michael Asang, Ketua Audit Negara, Tan Sri Haji Ambrin Buang, Timbalan Ketua Audit Negara, Dato’ Mustafa Hj Saman, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Pg Hassanel Pg Hj Tahir dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Muluk Samad.-Oleh Elezebeth Esther Onjining/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan