Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

23,808 Anak Penyu Dilepaskan Ke Laut Sejak 2012

6:11pm 18/11/2016 Pak Roshan 13 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

penyu

SANDAKAN : Pusat Penetasan Telur Penyu di Pulau Libaran berjaya memungut 30,860 telur penyu jenis penyu hijau dan penyu sisik sejak ia dibuka pada 2012 hingga Jun lepas.

Daripada jumlah itu, 20,262 adalah telur penyu hijau dan 10,598 telur penyu sisik.

Dalam tempoh sama, sejumlah 23,808 anak penyu dilepaskan ke laut iaitu 16,034 anak penyu hijau dan 7,474 anak penyu sisik.

Pengerusi Persatuan Pencinta dan Pemuliharaan Hidupan Penyu Sabah (Foster) Alexander Yee menyifatkan jumlah telur penyu yang dipungut dan anak penyu yang dilepaskan itu menunjukkan pembukaan pusat penetasan itu dapat membantu usaha pemuliharaan penyu di negeri tersebut.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Trekkers Lodge Sdn Bhd, syarikat swasta pertama yang mewujudkan pusat penetasan penyu di pulau itu, berkata pembukaan pusat penetasan tersebut adalah atas kesedaran semua pihak mempunyai tanggungjawab memulihara penyu daripada pupus akibat ancaman manusia.

Katanya inisiatif itu juga adalah sebahagian program tanggungjawab sosial korporat syarikat pelancongannya dan dilaksanakan menerusi Foster.

“Foster memberikan komitmen yang tinggi kepada pembukaan pusat penetasan itu termasuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah pada 2 Julai 2013 di Tuaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexander berkata pada Selasa lepas, beliau bersama ahli jawatankuasa Foster telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang baru dilantik, Augustine Tuuga di pejabatnya di Kota Kinabalu.

Katanya kunjungan itu bagi memaklumkan kepada Augustine mengenai perkembangan program pemuliharaan penyu di Pulau Libaran dan program yang dilaksanakan oleh Foster pada tahun depan antaranya pembersihan pantai dan dialog bersama penduduk kampung.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan