Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2,309 pengundi tunaikan tanggungjawab di Labuan

LABUAN – Seramai  2,309 pengundi membabitkan pegawai, anggota polis dan tentera yang bertugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta isteri mula  keluar mengundi awal di Wilayah Persekutuan ,hari ini.

Daripada 2,309 yang keluar mengundi awal tersebut, seramai 320 adalah anggota dan pegawai polis manakala seramai 1,989 pula merupakan dikalangan anggota dan isteri Angkatan Tentera Malaysia.

Proses mengundi awal mula dijalankan sejak  jam  8 pagi tadi sehingga 5 petang nanti di Ibu Pejabat Polis
Daerah Labuan dan di Sekolah Kebangsaan Membedai di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia Labuan.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihanraya Bagi Parlimen 1.66 Labuan, Raisin Saidin, para pegawai dan anggota yang terlibat telah membuat pendaftaran pengundi sejak jam 8.00  pagi lagi dan setakat ini proses membuang undi berjalan dengan lancar.

“Saya berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang berjaya mengawal dengan baik keadaan pada hari mengundi awal ini dengan aman disamping cuaca yang baik hari ini bagi memudahkan para pengundi awal untuk keluar mengundi,” kata Raisin.

Secara keseluruhan, seramai 28,356 Pengundi Berdaftar Di Parlimen P.166 Labuan adalah layak mengundi pada PRU-14 kali ini./PENERANGAN

Anggota Polis Labuan menunaikan tanggungjawab mereka mengundi.

Komen


Berita Berkaitan