Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

230 GRADUAN ATI TERMASUK 28 OKU TERIMA DIPLOMA

Jenifer (dua dari kanan) menyampaikan penghargaan kepada graduan Diploma Pengurusan Pelancongan iaitu Eryana Edna Sinti selaku penerima Anugerah Utama ATI kerana mencatat Keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.60. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Seramai 230 graduan dari Kolej Asian Tourism International (ATI) menerima Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Kulinari dan Diploma Pastri dalam Konvokesyen Ke-21 ATI yang berlangsung di sini.

Acara itu turut meraikan graduan orang kurang upaya (OKU) seramai 28 orang yang berjaya memperolehi Sijil Pastri dan Sijil Pengurusan Dalaman (House Keeping) setelah mengikuti latihan di ATI selama sembilan bulan termasuk tiga bulan latihan amali.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, graduan Kolej ATI diharap memanfaatkan segala ilmu dipelajari itu di dalam dunia pekerjaan yang pada masa ini menekankan kepada aspek penggunaan teknologi digital dan kemahiran yang tinggi.

Wong menyampaikan cenderakenangan kepada Jenifer. Gambar SNT/Siti Nor Azizah Talata

Beliau menjelaskan, para graduan dan bakal graduan tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada satu sumber maklumat atau bahan pengajaran untuk mendidik diri sendiri mereka.

“Teknologi digital memainkan peranan dalam membolehkan graduan melengkapkan diri dengan maklumat terkini dan pengetahuan semasa supaya mereka dapat bersaing di peringkat antarabangsa atau lebih tinggi. Perkara ini merupakan satu kemestian

“Justeru, saya memuji pengurusan Kolej ATI kerana telah menggabungkan inovasi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Saya pasti ia akan menjadikan pembelajaran lebih menarik untuk pelajar dan pengajaran yang lebih berkesan untuk para pendidik,” katanya ketika berucap sempena perasmian konvokesyen Kolej ATI di sini hari ini.

Teks ucapan Mohd. Shafie dibacakan oleh Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi negeri, Jenifer Lasimbang. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kolej ATI, Datuk Wong Ken Thau.

Mohd. Shafie berkata, kerajaan negeri menggesa graduan dan golongan ibu bapa agar menerima penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan dalam masa sama menyokong usaha Kolej ATI untuk menggabungkan inovasi digital dalam institusi itu.

“Langkah yang diambil oleh Kolej ATI itu diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja tempatan yang setanding dengan negara luar, bahkan dengan negara-negara maju,” katanya.

Beliau menegaskan, Sabah tidak lagi boleh dikenali sebagai negeri yang ketinggalan tetapi negeri yang mampu bergerak ke hadapan dengan pelbagai sumber untuk diterokai demi kepentingan rakyatnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan