Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

23 pengakap Tawau sertai Jamboree Pengakap Dunia

Pasukan Pengakap Tawau yang terpilih menyertai Jamboree Sedunia. - foto Muahlim Lise / SayangSabah
Pasukan Pengakap Tawau yang terpilih menyertai Jamboree Sedunia. – foto Muahlim Lise / SayangSabah

TAWAU – Seramai 23 ahli Pasukan Pengakap Tawau dipilih menyertai Jamboree Pengakap Dunia ke-23 yang akan berlangsung di Jepun pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau merangkap Ketua Kontinjen Pengakap Malaysia, Alex Dennis menyatakan perkara itu semasa taklimat kepada peserta yang akan menyertai jamboree tersebut pada 11 Julai lalu di Sekolah Menengah Tinggi Cina Tawau.

Dalam jamboree itu nanti, kontingen pengakap negara akan diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Datuk Dr. Awang Zaini Suntim. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan