Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

23 Pati Ditahan Dalam Operasi Di Kota Kinabalu

KETUA Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Parum Niot (dua dari kiri) memeriksa dokumen pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Op Bersepadu di sekitar Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin
KETUA Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Parum Niot (dua dari kiri) memeriksa dokumen pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Op Bersepadu di sekitar Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU : Polis menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di lima lokasi di sekitar pusat bandaraya ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata kesemua yang ditahan itu hasil daripada pemeriksaan terhadap 53 individu dalam operasi enam jam bermula pukul 1 pagi di Bandaran Berjaya, Kolombong, dan perumahan setinggan Bukit Nenas.

“Polis turut menahan dua lelaki yang didapati positif dadah dalam ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk didokumentasi.

Beliau berkata tumpuan lokasi operasi adalah kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah dan pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu.

“Operasi meroboh rumah setinggan oleh pihak berkuasa ke atas beberapa kawasan yang telah dikenal pasti dan pemotongan sambungan elektrik oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Menurutnya operasi yang berakhir pukul 7 pagi itu diketuai empat pegawai bersama 78 anggota termasuk daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan SESB.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan