Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

23 militan maut di Sinai

GAMBAR yang dimuat naik dalam Facebook tentera Mesir menunjukkan mayat didakwa militan berpakaian celoreng bergelimpangan di Sinai.
GAMBAR yang dimuat naik dalam Facebook tentera Mesir menunjukkan mayat didakwa militan berpakaian celoreng bergelimpangan di Sinai.

Ismailia: Mesir semalam melancarkan serangan udara terhadap kubu militan di Semenanjung Sinai, menyebabkan 23 orang terbunuh.

Serangan dilakukan sehari selepas pertempuran paling buruk dalam tempoh beberapa tahun meletus di wilayah itu.

Sumber tentera Mesir mendakwa, mereka yang terbunuh semalam adalah antara militan yang mengambil bahagian dalam pertempuran kelmarin.

Pihak berkuasa Mesir berkata, 100 militan dan 17 askar, termasuk empat orang mati dalam serangan Rabu lalu.

Bagaimanapun, pegawai perubatan dan keselamatan berkata, sekurang-kurangnya 70 orang, kebanyakannya askar, mati.

Alasan perbezaan jumlah kematian itu tidak jelas.

Militan yang berpusat di Sinai yang mendakwa bersekutu dengan Negara Islam (IS) meningkatkan serangan terhadap tentera dan polis Mesir sejak ketua tentera yang kini Presiden Mesir Abdel Fatah al-Sisi menggulingkan kerajaan Presiden Mohamed Mursi pada 2013.

Abdel Fatah semalam berikrar untuk meumpaskan pemberontakan di Sinai dengan melancarkan lebih banyak serangan.

Serangan semalam membabitkan jet pejuang F-16 yang menyasarkan kedudukan kumpulan berkenaan di bandar Sheikh Zuweid.

“Tentera tidak akan berhenti memerangi keganasan. Kami yakin akan memusnahkan mereka dan akan meneruskan usaha itu sehingga Sinai bersih daripada semua bentuk keganasan,” katanya di Kaherah, semalam.AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan