Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

23 maut bas jatuh dalam sungai

9:17am 10/04/2016 Pak Roshan 638 views Global
ANGGOTA penyelamat mengusung seorang penumpang yang cedera selepas bas dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Mapacho.

ANGGOTA penyelamat mengusung seorang penumpang yang cedera selepas bas dinaikinya terjunam ke dalam Sungai Mapacho.

Lima: Sekurang-kurangnya 23 maut dan 32 lagi cedera kelmarin selepas bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di pergunungan Andes di tenggara Peru, kata polis.

“Bas hampir tenggelam sepenuhnya di dalam sungai.

“Keadaan itu menyukarkan operasi menyelamat,” kata jurucakap polis di bandar Urcos, Linio Sanchez.

Menurutnya, bas yang membawa 56 penumpang itu memulakan perjalanan dari bandar Puerto Maldonado pada malam Khamis lalu menuju ke Cusco.

Sebahagian penumpang mahu membuang undi dalam pilihan raya presiden Peru pada hari ini.

“Sebuah trak dipercayai memotong di hadapan bas, menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terjunam ke dalam Sungai Mapacho.

“Mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Cusco dan di sebuah bandar berhampiran,” jelasnya.

Jalan di pergunungan Andes adalah antara laluan bahaya di dunia dan pada Januari lalu, 16 terbunuh selepas bas mereka terjunam ke dalam Sungai Tarma di wilayah Junin. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan