Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

23 mangsa nahas pesawat rentung

9:36am 25/02/2016 Pak Roshan 287 views Global
Gambar fail pada Jun 2010 menunjukkan pesawat DHC-6 Twin Otter milik Tara Air. - Foto AFP

Gambar fail pada Jun 2010 menunjukkan pesawat DHC-6 Twin Otter milik Tara Air. – Foto AFP

Kathmandu: Pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat ringan yang membawa 23 penumpang serta anak kapal yang terhempas akibat cuaca buruk di kawasan pergunungan tengah Nepal dan semua mangsa disahkan terbunuh.

Jurucakap polis, Harihari Yogi, berkata bangkai pesawat itu yang penerbangannya dijadualkan selama 18 minit ditemui masih terbakar selepas merempuh gunung dan semua mangsa, termasuk dua rakyat asing, rentung.

Dua rakyat asing dari China dan Kuwait manakala penumpang lain ialah rakyat Nepal, termasuk dua kanak-kanak.

Pesawat Twin Otter itu milik syarikat penerbangan tempatan, Tara Air, berlepas dari Pokhara, sebuah pekan pelancongan 200 kilometer di barat Kathmandu menuju Jomsom yang menjadi permulaan pendakian ke kawasan pergunungan dan ia terputus hubungan beberapa minit selepas berlepas.

Helikopter melakukan misi mencari selama beberapa jam berdasarkan laluan penerbangannya sehingga menemui bangkai pesawat di satu perkampungan kecil Rupshe. Penduduk dilaporkan mendengar letupan. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan