Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

229 kakitangan KKLW Zon Sabah terima APC 2017

Ismail Sabri (empat kiri) menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017kepada Penolong Jurutera Gred JA29, Pejabat KKLW Negeri Sabah, Rosdahari Bin Muaram (kanan).

KOTA KINABALU: Seramai 229 kakitangan serta agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) – Zon Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2017.

Angerah disampaikan Menteri KKLW, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Selasa.

Daripada jumlah tersebut, tiga kakitangan KKLW Sabah menerima pengiktirafan APC 2017 manakala Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS Sabah) 172 penerima, Majlis Amanah Rakyat (MARA Sabah) 35 orang manakala 19 orang penerima daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA Sabah).

Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2017 merupakan penganjuran tahun ke tiga secara kolaborasi antara jabatan dan agensi di bawah KKLW yang dilaksanakan secara berpusat meibatkan tiga zon iaitu Zon Semenanjung, Zon Sarawak dan Zon Sabah.

Amalan penganjuran majlis secara berpusat ini bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama dan persefahaman di antara agensi di bawah KKLW serta mengelakkan kerja bersendirian (working in silo)antara jabatan bagi merialisasikan matlamat utama KKLW iaitu “Membandarkan Luar Bandar”.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Borhan Dollah, Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Amiruddin Ariffin, Ketua Pengarah RISDA, Dato’ Wan Ahmad Shabri dan Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf. – Penerangan

Ismail Sabri (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama-sama anggota pengurusan tertinggi KKLW dan sebahagian daripada 229 penerima APC KKLW 2017.

Komen


Berita Berkaitan