Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

22 Warganegara Filipina Miliki Mykad Palsu Dipenjara 6 Bulan

1:08pm 12/04/2016 Pak Roshan 1136 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

MANJUNG – Sebanyak 22 warganegara Filipina, masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mereka mengaku salah atas tuduhan menggunakan MyKad palsu dan kepunyaan orang lain.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim memerintahkan buruh binaan berkenaan terdiri daripada 21 lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 21 hingga 45 tahun menjalani hukuman penjara itu dari tarikh tangkap 1 April lepas.

Sebanyak 15 daripada tertuduh didakwa menggunakan MyKad palsu manakala tujuh lagi menggunakan MyKad milik orang lain sebagai pengenalan diri di sekitar Taman Perindustrian IKS, Kampung Acheh 2, Lumut pada 6.30 pagi, 31 Mac lalu.

Kesemua mereka berbangsa Suluk dan fasih bertutur bahasa Melayu dalam dialek Sabah dituduh mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semua mereka ditangkap dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Perak dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan JPN Putrajaya Mohd Fazdlhy Abdul Razak manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan