Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

22 PTI ditangkap dalam Operasi Nyah Bersepadu

IMG-20151213-WA0004

KOTA KINABALU: Seramai 22 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan 9 orang pesalah narkotik ditangkap dalam Operasi Nyah Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Operasi yang melibatkan 3 orang pegawai dan 102 anggota itu dijalankan di lima kawasan setinggan di sekitar Manggatal, Inanam, Likas, Dewan Undangan Negeri dan Karamunsing.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra PTI yang ditangkap dibawa ke Lokap Berpusat untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

“Seramai empat orang lelaki dewasa yang didapati memiliki dadah jenis syabu didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan lima yang lain didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1942,”katanya.

Operasi bersepadu ini dibuat untuk persediaan Bandaraya Kota Kinabalu bagi menghadapi persidangan Conference of Speakers And Presiding Officers of the Commonwealth (CSPOC) pada bulan Januari 2016.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan