Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,715

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

22 Pati Warga Filipina Ditahan Di Esszone

7:17pm 02/09/2016 Pak Roshan 758 views Jenayah,Mutakhir
pati

gambar hiasan

LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang mengetuai operasi melibatkan pasukan keselamatan lain, menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina, sepanjang tempoh operasi bermula 27 Ogos sehingga semalam, di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Komander Esscom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi bersepadu dijalankan di perairan serta daratan di daerah Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat itu turut merampas 14 bot pam, 21.46 gram dadah jenis Syabu serta pelbagai barangan bersubsidi bernilai RM53,962.

“Kesemua 22 PATI berumur lingkungan 11 hingga 59 tahun itu ditahan berikutan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan dan Tawau.

“Barang-barang bersubsidi yang dirampas seperti minyal petrol, tong gas, minyak masak dan tepung gandum pula diserahkan kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Wan Abdul Bari berkata kesemua mereka yang ditahan serta melakukan kesalahan itu akan didakwa mengikut Akta Imigresen 1959 Seksyen 6 (1) (c), Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau berkata kejayaan operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui kerjasama Esscom bersama semua pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Melalui operasi bersepadu itu kita memberi tumpuan di beberapa kawasan yang disyaki menjadi laluan PATI dan tempat panas bagi penyeludupan barangan terlarang dan bersubsidi di seluruh Esszone,” katanya.

Beliau juga berkata menerusi operasi itu, masalah kebanjiran PATI dan penyeludupan dari negara jiran dapat ditangani dengan berkesan, sekali gus mengurangkan kes jenayah di Pantai Timur Sabah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan