Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

22 PATI ditahan, syabu serta barang subsidi dirampas

12:57pm 04/09/2016 Pak Roshan 560 views Jenayah,Mutakhir

pati-tawau-600x366

LAHAD DATU : Pasukan Keselamatan yang diterajui oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan seramai 22 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas sebanyak 14 bot pam, 21.46 gram syabu dan pelbagai barang bersubsidi bernilai lebihRM 53,962 dalam pelbagai operasi yang telah dilaksanakan dari 27 Ogos hingga semalam di Zon selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, operasi berkenaan telah dilaksanakan di perairan dan daratan Daerah Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat yang disyaki menjadi laluan dan tumpuan kegiatan penyeludupan serta kemasukanPATI secara haram ke negara ini khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

“ESSCOM dengan kerjasama semua pasukan keselamatan akan sentiasa memperketatkan kawalan keselamatan di daerah-daerah yang telah dikenalpasti menjadi tumpuan dan laluan penjenayah rentas sempadan, penyeludupan dan kemasukan PATI.

“Kesemua 22 PATI yang berumur 59-11 tahun ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan dan Tawau, manakala barang-barang bersubsidi yang dirampas seperti minyak petrol, tong gas, minyak masak dan tepung gandum telah diserahkan kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya.

“Kesemua mereka telah melakukan kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Imigresen 1959 Seksyen 6(1) ©, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Dadah Berbahaya 1952”, katanya dalam satu kenyataan dekat sini, semalam.

Beliau berkata, Kejayaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui kerjasama semua pasukan keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang diterajui oleh ESSCOM.

”Kita akan memberi tumpuan di beberapa kawasan yang disyaki menjadi laluan dan tempat panas Pati dan penyeludupan barang-barang terlarang dan bersubsidi di seluruh ESSZone bagi memastikan kebanjiran warga asing dan barang-barang seludup terutamanya daripada negara jiran dapat ditangani dengan berkesan sekali gus mengurangkan kes jenayah di Pantai Timur Sabah,” katanya lagi.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan