Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

22 orang mangsa bot karam selamat

12:36pm 24/06/2016 Leolerry Lajius 91 views Tempatan
Keadaan bot yang dinaiki mangsa yang dilaporkan rosak dan dimasuki air.

Keadaan bot yang dinaiki mangsa yang dilaporkan rosak dan dimasuki air.

KOTA KINABALU: Seramai 22 orang penumpang sebuah bot yang dalam perjalanan dari Pulau Mantanani ke Kuala Abai mengalami detik cemas selepas bot yang dinaiki mangsa dipercayai bocor dan dimasuki air.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira dalam jam 4.10 petang dan operasi SAR untuk mencari dan menyelamat mangsa telah diaktifkan pada jam 7.00 malam.

Menurut Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, pihak maritim telah berusaha untuk menghubungi mangsa sejak mendapat makluman kejadian berkenaan pada jam 4.10 petang  namun tidak mendapat sebarang maklum balas sehinggalah pada jam 9.50 malam.

“Pada jam 9.50 malam juragan kapal telah menghubungi pasukan penyelamat yang menggunakan talian telefon yang didaftarkan di China.”

“Juragan berkenaan juga memohon bantuan daripada pihak resort dan nelayan tempatan namun berhadapan dengan masalah kerana pada waktu tersebut berlaku ribut petir dan laut bergelora,”katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Menurut Zubil, ketika juragan berkenaan menghubungi pasukan keselamatan dalam jam 9.50 berkenaan, bot yang dinaiki mangsa telah dimasuki air sepenuhnya dan kesemua mangsa telah bergayut pada bot untuk menyelamatkan diri.

“Sepanjang waktu tersebut pihak keselamatan telah memberikan panduan apa yang perlu dilakukan sehingga pasukan keselamatan tiba namun sekitar jam 11.00 malam talian komunikasi dengan mangsa telah terputus dan tidak dapat dihubungi yang kemungkinan disebabkan kehabisan bateri telefon,”kantanya.

Pasukan penyelamat membawa mangsa ke lokasi selamat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pasukan penyelamat membawa mangsa ke lokasi selamat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi SAR yang turut disertai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pihak resort diteruskan sehingga sekitar jam 6.00 pagi pasukan penyelamat telah menemui bot yang dipercayai dinaiki mangsa namun kesemua mangsa tidak berada di lokasi bot tersebut ditemui.

Pada jam 8.10 pagi Pasukan Gerakan Udara PDRM telah melihat mangsa yang terlibat terapung di sekitar Tanjung Dudar.

Pada jam 8.30 kesemua mangsa yang melibatkan empat pemandu pelancong, 12 pelancong dari China, empat kru bot dan dua penduduk kampung dilaporkan selamat.

Tambah Zubil, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pengusaha-pengusaha resort di masa akan datang bagi membincangkan ciri keselamatan pada bot yang digunakan untuk membawa pelancong bagi mengelakkan kes serupa berulang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Zubil memberi penerangan mengenai operasi SAR menyelamatkan mangsa.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Zubil memberi penerangan mengenai operasi SAR menyelamatkan mangsa.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan