Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

22 Keluarga Mangsa Banjir Di Ulu Kimanis Dipindahkan

10:42am 10/09/2016 Pak Roshan 43 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

im4u

KOTA KINABALU : Sebanyak 22 keluarga dari Kampung Penampang Baru di Ulu Kimanis, Papar dipindahkan selepas kampung itu dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak malam semalam.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam, 11 keluarga dipindahkan kira-kira 9 malam manakala selebihnya dipindahkan kira-kira 6 petang tadi.

Semua mangsa, yang terdiri daripada 18 lelaki, 27 wanita dan 40 kanak-kanak, ditempatkan di Dewan Mini Kampung Penampang Baru.

Mangsa dinasihatkan terus berada di pusat pemindahan itu sehingga pihak berkuasa mengesahkan keadaan selamat untuk kembali ke rumah masing-masing.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bongawan Datuk Mohamad Alamin turut menyumbang bantuan kepada mangsa menerusi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bongawan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan