Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

22 Diselamatkan Selepas Bot Katamaran Karam Di Sabah

12:04pm 24/06/2016 Pak Roshan 648 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

apmm-2-600x366

KOTA KINABALU – Dua puluh dua orang termasuk 12 pelancong dari China telah diselamatkan pada awal pagi Jumaat iaitu selepas kira-kira 16 jam bot katamaran yang mereka naiki terbalik di perairan Pulau Mantanani.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati mereka terikat bersama-sama dan terapung berhampiran Tanjung Dudar dan membawa semua mangsa ke pantai kira-kira pukul 8.30 pagi, Jumaat.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya masih memeriksa jika terdapat dua lagi mangsa masih hilang.

Beliau berkata mereka yang diselamatkan adalah 12 pelancong China terdiri daripada lapan wanita dan 14 lelaki serta empat pemandu arah dan yang lain adalah penduduk tempatan.

Kesemua 22 yang diselamatkan dibawa ke Kota Belud di mana pasukan perubatan telah menunggu untuk memberikan bantuan.

Kapal APMM telah bergegas ke kawasan itu selepas diberitahu mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 8 malam Khamis.

Pulau Mantanani berada kira-kira satu jam perjalanan dengan bot dari Kota Belud, iaitu kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu.

Pulau ini popular di kalangan pelancong untuk aktiviti snorkeling dan berenang. – mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan