Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

22 buah rumah menerima pembaikan

12:11am 24/04/2016 Leolerry Lajius 22 views Tempatan
Jainab (tengah) bersama penduduk dan pemimpin yang lain ketika program berkenaan.

Jainab (tengah) bersama penduduk dan pemimpin yang lain ketika program berkenaan.

Kota Belud: Sebanyak 22 buah rumah yang terjejas akibat kejadian gempa bumi 5 Jun tahun lepas  menerima pembaikan rumah daripada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Program gotong royong ini melibatkan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Majlis Daerah Kota Belud, Jabatan Kerja Raya dan 100 sukarelawan dari Pusat Sukarelawan Kebajikan Sabah,Bulan Sabit Merah,Jabatan Pertahanan Awam dan banyak lagi.

Menterinya, Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata ini adalah kerjasama melalui Strategi Lautan Biru dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan negeri,persekutuan dan syarikat korporat telah menjayakan misi program membantu mangsa-mangsa gempa bumi.

“Selepas 10 bulan daripada gempa bumi di Banjaran Gunung Kinabalu yang berlaku pada 5 Jun 2015 lepas. Inilah janji kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat,” Kata Jainab.

Beliau menambah, pemimpin masyarakat juga harus sentiasa proaktif mengetahui masalah rakyat dan cuba menyelesaikan dengan kadar segera.

“Bantuan bukan sahaja bila berlaku musibah,tetapi ia sentiasa dan sepanjang masa untuk membantu rakyat,”katanya.

Jainab juga mengucapkan terima kasih kepada Perkasa Trading Sdn. Bhd. kerana membekalkan bahan bekalan dengan harga yang murah sebagai tanggungjawab korporat sosial.

Jainab bersama Rombongan turut mengadakan Ziarah Kasih kepada warga emas yang uzur dan Orang Kurang Upaya sekitar Kampung Kiau.

Turut hadir, Adun N.7 Kadamaian, Jeremy Malajad, Setiausaha Tetap KPMHEP, Janet KL Chee, Timbalan Pengarah JPKA, Siti Hameh Haji Ruman, Setiausaha Politik Menteri, Baharul Sawi,Setiausaha Politik Menteri, Ewon Benedict dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat Tempatan./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan