Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

219 graduan ILTP tamat latihan 

Hamisa Samat menghadiri Konvokesyen JSPM 2016 di Papar.
Hamisa Samat menghadiri Konvokesyen JSPM 2016 di Papar.

 

PAPAR- Seramai 219 graduan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) berjaya menamatkan latihan bagi program teknikal dan perdagangan di sini hari ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, kejayaan para graduan mengikuti program teknikal dan perdagangan itu dilihat dapt memberi suntikan kepda tenaga kerja mahir dalam pasaran kerjaya di negeri ini.

“Berdasarkan standard pengajaran yang dilaksanakan ILTP, saya yakin setiap graduan ILTP memperoleh pakej kemahiran termasuk mampu berdaya saing sekali gus bersedia memasuki pasaran kerja tempatan mahu pun luar negara.

“Dengan kepesatan pembangunan negara, saya menaruh harapan agar semua graduan dapat memasuki pasaran kerja dengan lebih mudah berbekalkan sijil dan pengiktirafan kemahiran yang diperolehi dari ILTP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen JPSM Siri 2 Tahun 2016.

Hamisa memuji usaha Jabatan Pembangunan Sumber Manusia negeri yang dilihat berjaya menambah bilangan tenaga kerja berkemahiran serta terlatih di pasaran kerja tempatan. 

Katanya, perkara itu mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar atau buruh asing.

“Usaha ini diharapkan dapat dipertingkatkan di masa depan demi menyahut seruan kerajaan agar kita mampu menyediakan modal insan yang mencukupi  serta memiliki berkemahiran tinggi dan berkualiti.

“Saya turut berharap agar JPSM dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyediakan 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020 yang mana kini berada di aras 33 peratus,” katanya.

Hamisa mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kepada Institut Teknologi Petroleum (INSTEP), Petronas yang sama-sama menganjurkan dua daripada 15 program teknikal bertaraf lanjutan di ILTP. 

Katanya, kerjasama itu merupakan pemantapan dan pemerkasaan program-program kemahiran teknikal yang ditawarkan kepada golongan belia di Sabah.

Turut hadir, Pengarah JPSM Billy Yumbod, Penolong Pegawai Daerah Papar William Ahlan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan