Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

216 komputer dirampas

216pc

KOTA KINABALU: Sebanyak 216 unit komputer yang digunakan untuk siber haram berjaya dirampas dalam enam serbuan bersempena Ops Dadu di sekitar ibu negeri malam kelmarin.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Deputi Superintenden Wong Yuen Chuan berkata, operasi berkenaan turut menyaksikan seramai 14 tangkapan yang terdiri daripada penjaga dan pelanggan premis-premis terbabit.

“Serbuan kali ini melibatkan enam buah premis di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan polis berjaya merampas sebanyak 216 unit komputer siber.

“Selain itu, kita telah menahan 14 lelaki berusia 20 hingga 46 tahun untuk tindakan lanjut,” katanya di sini kelmarin.

Wong menambah, pihaknya juga merampas wang tunai sebanyak RM2,964 yang dipercayai hasil daripada kegiatan haram terbabit.

“Kesemua bahan rampasan dan tangkapan telah dibawa ke IPD Kota Kinabalu, Karamunsing untuk siasatan,” katanya.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 

Komen


Berita Berkaitan