Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konsert Cita Citata di Kudat

Citata (kiri) bersama Duta Magahau 2015-Lolly Stephen dan Jelani bersama Cita Citata sempena promosi Pesta Magahau 2015.
Citata (kiri) bersama Duta Magahau 2015-Lolly Stephen dan Jelani bersama Cita Citata sempena promosi Pesta Magahau 2015.

KOTA KINABALU: Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) akan menganjurkan Konsert  Amal Cita Citata pada 27 Julai 2015 (Isnin) di Dewan Tun Mustapha, Kudat.

Konserta amal itu akan bermula jam 7  malam sempena sambutan Pesta Magahau, perayaan terbesar suku kaum Rungus di Sabah.

Presiden Samora, Dato’ Jelani Hamdan berkata, konsert itu juga merupakan salah satu kesinambungan program promosi Pesta Magahau yang kemuncak dijanga diadakan tidak lama lagi.

Katanya, Konsert Amal Cita Citata itu juga untuk mengisi tabung Amal Samora, yang mana sebahagian kutipan akan didermakan kepada badan-badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, konsert Cita Citata di Kudat juga akan diserikan dengan persembahan oleh Warga Seni & Anak Rungus (WSAR).

Cita Citata merupakan antara artis Indonesia yang top secara mendadak menerusi lagu “SAKITNYA TUH DI SINI” , “GOYANG DUMANG” dan lain-lain. Lagu Sakitnya Tuh Di sini di view oleh 50 juta penonton di Youtube dalam masa yang singkat.

Sementara itu, Konsert Citata di Kota Kinabalu yang sepatutnya diadakan pada 26 Julai 2015 telah ditunda ke  bulan September 2015. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.

Jelani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong berkata, walau bagaimana pun Citata dijangka akan mengadakan sesi menemui peminat dan promosi di Kota Kinabalu pada 26 Julai 2015.

Orang ramai yang ingin menyaksikan Konsert Amal Cita Citata boleh menempah dan membeli tiket dengan menghubungi  Robert Angkangon (019-8410093) , Fed Edm (013-8556067) , Datu Badd (012-8238685) dan Nana (013-5553383).-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan