Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2,143 pemohon bakal terima geran komunal

Kurup (tengah) mempengerusikan mesyuarat Perbincangan Pengeluaran Geran Tanah Komunal di Nabawan bagi tahun 2015 di Bilik Mesyuarat Batu Punggul, Pejabat Daerah. foto Kalawon Sawing
Kurup (tengah) mempengerusikan mesyuarat Perbincangan Pengeluaran Geran Tanah Komunal di Nabawan bagi tahun 2015 di Bilik Mesyuarat Batu Punggul, Pejabat Daerah. foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Sebanyak 2,143 pemohon daripada 72 buah kampung di enam kawasan iaitu di Pensiangan, Saninait, Ponotomon, Sumatakawan, Salinatan dan Longongon bakal menerima geran komunal fasa pertama daripada kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, kawasan yang akan dibangunkan dengan pertanian dengan tanaman yang sesuai itu melibatkan keluasan tanah seluas kira-kira 45,500 hektar.

“Kesemua pemohon geran itu telah diberikan kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Perbincangan Pengeluaran Geran Tanah Komunal di Nabawan bagi tahun 2015 di Bilik Mesyuarat Batu Punggul, Pejabat Daerah di sini, semalam.

Kurup berkata, usaha kerajaan negeri dalam memberi status geran komunal kepada penduduk kampung di luar bandar adalah bertepatan dalam menangani kemisikinan, sekaligus meningkatan pendapatan sosio-ekonomi hidup dan negara melalui industri pertanian.

Ahli Parlimen Pensiangan itu turut mengingatkan segelintir pihak agar tidak memutarbelit dengan memberi tanggapan negatif mengenai usaha pihak kerajaan dalam membantu rakyat meningkatan sosio ekonomi mereka. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan