Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

21 orang termasuk seorang kanak-kanak maut serangan di selatan Filipina

zamboanga

MANILA: Seramai 21 orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh ketika dalam perjalanan ke pesta kampung bagi meraikan ketibaan 1 Syawal di selatan Filipina, demikian menurut pegawai tentera.

Jurucakap tentera wilayah, Kapten Marin Rowena Muyuela, berkata kira-kira 50 kumpulan bersenjata Abu Sayyaf menembak dua kenderaan di bandar terpencil Talipao di Pulau Jolo mengorbankan 21 orang dan mencederakan 11 yang lain.

 

 

“Ini membabitkan penduduk kampung yang dalam perjalanan ke satu kawasan bagi menyambut Aidlifitri,” katanya.

Katanya, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan enam anggota polis antara yang terbunuh dalam serangan itu manakala empat lagi kanak-kanak turut cedera.

Muyuela serangan disasarkan terhadap anggota polis dan umat Islam yang sedang berkonvoi untuk pergi ke tempat perayaan. – AFP

Komen


Berita Berkaitan