Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

21 MUALAF TERIMA SUMBANGAN

Kenangan....Masnatu bersama jawatankuasa Puteri UMNO Kota Belud bergambar kenangan dengan 21 saudara baru selepas menerima sumbangan beras dan duit raya serta keperluan barangan makanan.
Kenangan….Masnatu bersama jawatankuasa Puteri UMNO Kota Belud bergambar kenangan dengan 21 saudara baru selepas menerima sumbangan beras dan duit raya serta keperluan barangan makanan.

KOTA BELUD – Pergerakan Puteri UMNO Kota Belud semalam telah menyampaikan sumbangan kepada 21 orang saudara baru/mualaf daripada sekitar Pekan Kota Belud.

Sumbangan berupa beras, duit raya serta keperluan barangan makanan kepada Sahabat Puteri yang menjadi Saudara Baru/Mualaf di Kampung Bambangan Rosok, Kota Belud

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong dengan dihadiri oleh bersama ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kota Belud.

Dalam majlis itu, Masnatu meminta saudara baru agar sentiasa menyokong kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta kepimpinan UMNO bahagian Kota Belud yang diterajui oleh Ketua UMNO bahagian Kota Belud, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak serta barisan jawatankuasa UMNO bahagian dan Ahli Parlimen, Datuk Rahman Dahlan.

Menurutnya lagi, kemakmuran negara Malaysia dan khususnya negeri Sabah Di Bawah Bayu yang sekian lama dipupuk oleh segenap lapisan rakyat dan pemimpin yang silih berganti menjadi kayu pengukur yang tiada tolok bandingnya oleh kebanyakan negara di dunia khususnya negara ketiga dan sedang membangun.

Beliau berkata sebagai rakyat bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan keadaan ini dan diperturunkan kepada generasi rakyat Malaysia di masa akan datang.-  SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan