Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

21 maut akibat letupan ketika tonton Piala Dunia di Nigeria

nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 21 orang terkorban apabila letupan meletus di pusat menonton perlawanan Piala Dunia di Damaturu, utara Nigeria, kata sumber perubatan hari ini.

“Kami terima 21 orang mayat dan 27 orang lagi mengalami kecederaan dalam letupan berkenaan,” kata sumber Hospital Pakar Sani Abacha selepas letupan di kawasan Nayi-Nama, awal pagi tadi.

Penduduk tempatan berkata, bom disembunyikan di beca di luar tempat itu yang dipenuhi orang ramai ketika menyaksikan perlawanan di antara Brazil dan Mexico di layar besar.

Kejadian terbaharu itu adalah siri letupan di pusat menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia yang dipercayai dilakukan militan Boko Haram. – AF

Komen


Berita Berkaitan