Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

21 Mangsa Ditempatkan Di Pusat Pemindahan Banjir Tenom

10:03am 21/12/2015 Pak Roshan 192 views Keningau,Mutakhir,Tempatan

banjir labuan

KOTA KINABALU : Seramai 21 mangsa banjir daripada lima keluarga di Kampung Pantongan Saga, Tenom, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Rumah Kebudayaan Pantongan Saga, malam tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan pada 11 malam tadi selepas kediaman mereka dinaiki air akibat limpahan air Sungai Padas.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan ketika dihubungi berkata pihaknya mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am daerah untuk memberi bantuan sewajarnya kepada semua mangsa di pusat pemindahan berkenaan.

Madiyem juga berkata paras air Sungai Padas di Tenom masih pada paras amaran namun telah menurun daripada 176.45 meter malam tadi kepada 176.34 meter pada 6 pagi ini.

Beliau menjangka paras air berkenaan akan terus menurun kerana cuaca di daerah itu pagi ini cerah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan