Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

21 juta penduduk Islam di China sambut Aidilfitri

china raya

BEIJING 24 Julai – Dianggarkan 21 juta penduduk Islam di China dibenarkan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, di bawah Perlembagaan negara, kata Duta China ke Arab Saudi, Li Chengwen.

Beliau memberitahu laman web arabnew.com, terdapat 10 etnik minoriti Islam di China.

“Kebebasan beragama adalah hak bagi setiap rakyat dan dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang,” kata Chengwen ketika mengucapkan tahniah kepada umat Islam di negara ini yang akan menyambut Aidlifitri, tidak lama lagi.

Chengwen berkata, beliau faham kepentingan Ramadan kepada umat Islam sebagai menjiwai nasib golongan miskin dan bagi meningkatkan ketakwaan.

Jelas Chengwen, China kini bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain bagi memastikan keamanan dan kebajikan di Asia Barat.

Perwakilan khas China ke Asia Barat telah melakukan beberapa lawatan di rantau itu bagi mencari penyelesaian diplomatik dalam pelbagai krisis.

Beliau berkata, China menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat sebuah negara merdeka dan mahu memastikan tiada pihak yang menjadi mangsa dalam peperangan tersebut.

“Pada kesempatan ini, terimalah salam ikhlas dan ucapan selamat maju jaya kepada penduduk Arab Saudi dan umat Islam di negara-negara jiran.

“Kami tidak akan lupa dengan penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan umat Islam lain yang menderita,” katanya.

Katanya, China juga menyokong gesaan Arab Saudi dan negara-negara Arab lain supaya dilaksanakan gencatan senjata di Gaza dan penyediaan bantuan kemanusiaan.

Komen


Berita Berkaitan