Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

21 buah premis KFC diiktiraf sebagai Restoran Tanpa Sampah

6:18pm 07/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 27 views Tempatan
YEO (kanan) menyerahkan sijil pengiktirafan Restoran Tanpa Sampah kepada pihak pengurusan KFC

YEO (kanan) menyerahkan sijil pengiktirafan Restoran Tanpa Sampah kepada pihak pengurusan KFC

KOTA KINABALU- Sebanyak 21 buah premis Kentucky Fried Chicken (KFC) di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu diiktiraf sebagai restoran tanpa sampah.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata pengiktirafan tersebut selari dengan visi beliau dalam menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandaraya yang bersih, hijau dan selesa untuk didiami.

” Ini juga bermakna, semua warga kerja di senua restoran KFC yang diiktiraf pada hari ini, dan pelanggannya juga, tidak akan membuang sampah di merata- rata tempat melainkan ke dalam tong- tong sampah di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pengiktirafan KFC sebagai Restoran Tanpa Sampah, dekat sini, hari ini.

Menurut beliau, KFC merupakan Restoran Tanpa Sampah yang pertama di Sabah yang telah diiktiraf oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

” Pengiktirafannya yang pertama ialah pada tahun 2014. Dan pada hari ini, DBKK akan memberi pengiktirafan pembaharuan atau renewal untuk semua restoran KFC ini termasuklah restoran KFC yang baru pertama kali diiktiraf sebagai restoran tanpa sampah,” katanya.

Dalam masa sama, Yeo turut menyeru kepada restoran- restoran yang lain di Bandaraya Kota Kinabalu agar menjadikan KFC sebagai teladan dan turut serta dalam kempen Anti Kutu Sampah DBKK.

” Melalui kempen ini, zon- zon tanpa sampah akan bertambah dan diperluaskan ke seluruh kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

” Untuk makluman, setakat ini jumlah kawasan yang telah diiktiraf sebagai kawasan tanpa sampah adalah sebanyak 148, termasuklah 21 buah restoran KFC yang akan diiktiraf pada har ini,” katanya. -Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan