Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

21 anak yatim terima sumbangan KAPSA

1. Almain (tiga dari kanan) bersama Yunus (dua dari kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.- foto Jabatan Penerangan
1. Almain (tiga dari kanan) bersama Yunus (dua dari kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.- foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU –  Seramai 21 orang anak yatim dari Rumah Anak Kesayangan Sembulan menerima sumbangan daripada Kelab Anggota Jabatan Penerangan Sabah (KAPSA).

Sumbangan berupa wang tunai itu disampaikan Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Datuk Haji Almain Ajirul pada Program Al Mukminin Bersama Anggota Jabatan Penerangan (JaPen), KAPSA dan Komuniti 1Malaysia (K1M).

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata konsisten dan istiqamah perlu dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian bagi menjadikan diri insan sejati berakhlak mulia.

Sempena ramadan, Almain  mengajak warga JaPen dan K1M untuk memanfaatkan sepenuhnya keberkatan pada bulan berkenaan.

“Pada 10 malam terakhir ini, elok kita gunakan sebaiknya dengan melipatgandakan usaha menambah amal serta kebaikan,” katanya semasa program tersebut di Wisma Dang Bandang.​​

Pada majlis tersebut, penceramah bebas, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad turut menyampaikan tazkirah.

Selain berbuka puasa, Almain  bersama warga JaPen dan K1M menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan, Yunus Saprin dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan