Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

21 ADUN Sabah tidak hadir ke sidang khas DUN

 

KOTA KINABALU: Seramai 21 orang Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sabah tidak hadir ke Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Kesemua ADUN itu adalah 11 dari UMNO, enam dari Parti Bersatu Sabah (PBS), dua dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), satu dari PBRS, dan satu dari UPKO.

Sidang Khas DUN Sabah itu bertujuan memuktamadkan sokongan terhadap Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang kedudukannya di kerusi itu dicabar melalui satu saman mahkamah oleh penjawatnya sebelum ini Tan Sri Musa Aman, walaubagaimanapun semua ADUN BN dan STAR dalam satu kenyataan oleh dua ‘Timbalan Ketua Menteri’ dalam Kabinet Musa yang dilantik sebelum ini akan memboikot sidang khas ini.

Usul yang dikemukakan oleh ADUN Api-api merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew mendapat sokongan majoriti ADUN iaitu seramai 43 orang sekaligus mengesahkan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan