Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

20,812 peniaga di Sabah daftar GST

Madrim menyampaikan ucapan kepada para pelanggan yang hadir pada program tersebut. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Madrim menyampaikan ucapan kepada para pelanggan yang hadir pada program tersebut. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Dalam tempoh dua bulan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), sejumlah 28.56 peratus pendapatan keuntungan dikutip bagi negeri ini.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian GST, Madrim Tasan berkata, pelaksanaan GST menunjukkan satu petanda baik dalam meningkatkan pendapatan negara terutamanya bagi pembangunan sosioekonomi di negara ini dans etakat ini seramai 20,812 peniaga di seluruh negeri telah mendaftar GST.

Sehubungan itu, beliau menggesa para peniaga diseluruh negeri ini diminta untuk mengemaskini penyata perniagaan masing-masing bagi tempoh April hingga Jun tahun ini dan boleh mengemukakn penyata perniagaan mulai awal Julai sehingga hujung pada bulan berkenaan.

“Kita tidak mahu para peniaga mengemukakan penyata mereka disaat-saat akhir. Ia bukan sahaja menyusahkan para peniaga akan tetapi turut didenda sekiranya lewat menyatakan penyata perniagaan mereka, kalau boleh kita elakkan para peniaga berbuat demikian,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program GST Bersama Pelanggan di Wisma Jabatan Kastam DiRaja Malaysia JKDM Pedalaman Atas di sini, semalam.

Katanya, langkah ini juga bagi mengelak daripada para peniaga dikenakan tindakan penalti atau kompaun mengikut akta sediada selain mengelak kaunter pendaftaran menjadi sesak disaat-saat akhir. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan