Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2,054 individu terima sumbangan

Musa (kiri) menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Sungai Obar. - foto ihsan JKM
Musa (kiri) menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Sungai Obar. – foto ihsan JKM

SANDAKAN – Seramai 2,054 individu daripada dua buah kampung iaitu Kampung Sungai Obar dan Tinusa Dua menerima sumbangan beras dan wang tunai yang turut melibatkan seramai 108 penerima zakat daripada Pusat Zakat Sabah (PZS).

Penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sempena program turun padang di Parlimen Libaran serta Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada penduduk di Kampung Sungai Obar dan Tinusa Dua.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Hamsan Awang Supain dan Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan